CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 17, 2009

Hakikat Seorang Wanita


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa
sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. Apa
yang tiada dalam syurga? Namun adam
tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk
yang bengkok. Untuk diluruskan oleh
lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu
sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu
yang bengkok menghasilkan bayang yang
lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan
yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka
diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.


Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan
harta, kerana nantinya mereka semakin
liar. Janganlah hiburkan mereka dengan
kecantikan, kerana nantinya mereka akan
semakin derita. Kenalkan mereka kepada
Allah, zat yang kekal. Di situlah punca
kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia
dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan
iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia
dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah
nantinya mereka akan lihat nilaian dan
keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka
bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya
di situlah kasih dan sayang Allah...


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak
akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan
akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan
akan semakin membengkok. Itulah
hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia
lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki
pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata! Tapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri
kepada Allah. Nescaya akan jinaklah
segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu
tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

testing2....

hellooooooo~