CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 22, 2010

Kerana Cintamu Termanis Buatku~


Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Kini Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua Berdoa Bersama
Sayang....

Tuesday, March 16, 2010

I wanna grow old with you


I wanna make you smile whenever you're sad 
Carry you around when your arthritis is bad 
Oh all I wanna do is grow old with you 

I'll get your medicine when your tummy aches 
Build you a fire if the furnace breaks 
Oh it could be so nice, growing old with you 

I'll miss you 
Kiss you 
Give you my coat when you are cold 

Need you 
Feed you 
Even let ya hold the remote control 

So let me do the dishes in our kitchen sink 
Put you to bed when you've had too much to drink 
I could be the man who grows old with you 
I wanna grow old with you

Monday, March 15, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki dalam Hidupnya?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?Apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, Allah itu yang lebih mengetahui.

Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. 

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. 

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

from: mya_maisarah (iluvislam)

Saturday, March 13, 2010

Lelaki curang miliki IQ Rendah!



Aku ade terbace satu artikel ni kt KOSMO baru jap td.. rase cam nk komsi jekk.. hahahakk.. petikan artikel ni kat bawahh..

''Satu kajian terbaru mendapati lelaki yang gemar menipu isteri untuk menjalinkan hubungan sulit didapati memiliki tahap kepintaran (IQ) yang rendah.

Pakar psikologi evolusi dari sekolah ekonomi dan sains politik London yang mengetuai kajian itu, Dr. Satoshi Kanazawa berkata, teori evolusi mendapati bahawa lelaki yang bijak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan normal kehidupan masa kini yang menghargai kesetiaan dalam hubungan.

Menurutnya, sepanjang sejarah evolusi, golongan lelaki memang diketahui mahu mengamalkan poligami tetapi semua itu telah berubah kerana lelaki sekarang menganggap kesetiaan sebagai sebahagian daripada pembangunan sahsiah diri mereka.

dia berkata, lelaki yang memiliki IQ rendah tidak dapat mengawal nafsu sekali gus menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal 'Social Psychology Quaterly' semasa dunia digemparkan dengan berita kecurangan beberapa selebriti terutamanya bintang golf no.1 didunia, Tiger Woods dan bekas ketua pasukan bola sepak England, John Terry yang mempunyai hunbungan sulit dengan seorang model.

Seorang lagi selebriti iaitu, Aktor mendiang Paul Newman yang meninggal dunia pada 2006 pula dianggap sebagai suami paling setia di Hollywood.

Ramai saintis menganggap cara hidup Newman merupakan teladan evolusi lelaki zaman moden. selain setia, kata Kanazawa lelaki bijak yang rata-rata memiliki purata IQ 106, bersikap terbuka manakala lelaki konservatif memiliki purata IQ 95. Skala ujian IQ menyatakan lelaki normal memiliki purata IQ 90 dan keatas- agensi.''

komen: hahaha.. memang lah lelaki curang nih sememangnya stupidoss...  ;)

*gambar2 diatas adalah contoh2 lelaki2 yg rendah IQnyer.. kesian2.. wakakaka..