CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 29, 2013

Luahan hati


Terdapat satu ayat yang aku terbaca;

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Sedangkan nabi Muhammad SAW yang maksum pun tak reti untuk merasa megah, kenapa kita perlu?
kita sudah cukup sempurna ke untuk merasa diri kita itu hebat?
tak rugi bagi kita untuk menjadi baik, dan melayan semua orang dengan baik tanpa mengira taraf dan kedudukan. sesungguhnya kedudukan kita didunia tak penting, tetapi di akhirat itu yang matter.

Rasa ' KETUANAN' yang ada dlm diri kita wajib dikikis. we do not own anything in this world.. semua itu milik Allah SWT. dalam sekelip mata sahaja Allah SWT boleh tarik balik segala nikmat yang Dia bagi. Berserderhanalah dan merendah dirilah. Selalulah ingat Allah SWT. 

Seperti Nabi Muhammad yang selalu beribadat kepada Allah SWT walaupun baginda tahu bahawa syurga sudah dijamin untuknya. Nabi berbuat demikian kerana baginda mahu menjadi hamba yang bersyukur.
tak pernah kita fikir betapa banyak nya nikmat yang Allah SWT telah beri kepada kita, dan berapa banyakkah kita telah bersyukur atas segala pemberian itu. Fikir2kanlah.. 

wassalam...

No comments:

Post a Comment